LONDON: Edisi bahasa Inggeris memoir Putera Harry yang telah mencetuskan kontroversi, terjual lebih 1.4 juta pada hari pertama berada di pasaran, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Pada Selasa, Penguin Random House yang menerbitkan autobiografi bertajuk "Spare" itu telah melaporkan jumlah jualan paling banyak pada hari pertama berbanding mana-mana buku bukan fiksyen yang penah diterbitkan oleh syarikat itu.
Menurut penerbit itu, Spare edisi bahasa Inggeris terjual lebih 1,430,000 unit dalam semua format dan edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain pada 10 Januari.
Bercakap mengenai rekod jualan, presiden dan penerbit Random House Group Gina Centrello berkata: "Walaupun banyak buku oleh tokoh masyarakat boleh dikategorikan sebagai 'memoir selebriti,' Spare lain daripada yang lain.
"Tulus ikhlas, berani dan mesra, Spare melambangkan kisah seseorang yang pada sangkaan kita mungkin sudah mengenalinya, tetapi kini kita dapat benar-benar mengenali Putera Harry melalui luahannya sendiri.
"Melihat kepada penjualan luar biasa pada hari pertama, pembaca jelas bersetuju, Spare sebuah buku yang perlu dibaca dan kami bangga dapat menerbitkan buku ini."
Spare telah diterbitkan di seluruh dunia dalam 16 bahasa dan dikeluarkan secara serentak dalam format cetak dan digital di Amerika Utara oleh Random House US serta Random House Canada dan di Britain oleh Transworld.
Di Britain buku itu ia dijual pada harga GBP14 (US$16) manakala di Waterstones dan WH Smith serta dalam talian di Amazon ia dijual pada harga GBP28.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023
Spare edisi bahasa Inggeris terjual lebih 1,430,000 unit dalam semua format dan edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain pada 10 Januari. - AP
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kanser dihidapi Raja Charles mampu satukan keluarga diraja British - Putera Harry
"Ujian dan kesakitan ini membawa kepada penyatuan keluarga," kata Putera Harry.
Putera Harry kembali ke UK untuk berada di sisi Raja Charles III
Kepulangan Harry untuk bersama ayahandanya disifatkan situasi yang jarang berlaku di tengah-tengah keretakan keluarga diraja British itu.
Putera Harry kalah dalam usaha cabar kerajaan UK dapatkan kawalan keselamatan
Harry, isteri hilang perlindungan keselamatan di UK susulan pengundurannya daripada tugas-tugas diraja.
Paparazi pertikai kenyataan Meghan, Harry tentang 'hampir terbabit kemalangan'
Paparazzi di tempat kejadian mempertikaikan kenyataan akaun media sosial milik Putera Harry dan isterinya Meghan yang menyatakan mereka "hampir kemalangan" akibat dikejar paparazi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Harry, Meghan diburu paparazi, hampir kemalangan dalam kejadian 'kejar-mengejar'
Pasangan itu dikejar dengan kereta sehingga hampir membawa bencana di tangan sekumpulan paparazi yang sangat agresif di New York.
Putera Harry tidak muncul di balkoni istana selepas majlis istiadat pertabalan bapa
Putera Harry yang merupakan putera bongsu Raja Charles III dilihat menghadiri istiadat pertabalan bapanya di Westminster Abbey pada Sabtu.
Putera Harry bakal hadir istiadat pertabalan Raja Charles III seorang diri
Putera Harry dilaporkan bakal menghadiri upacara pertabalan Raja Charles III pada bulan hadapan seorang diri tanpa kehadiran isterinya, Meghan Markle.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Putera Harry, Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain
Putera Harry dan Meghan diminta kosongkan kediaman di Istana Britain